Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila tersangkut dalam mesin pengering pakaian lebih setengah jam.
Mangsa Ahmad Habibullah Zainal Abidin, 4 tahun tersangkut pada bahagian kaki sehingga pinggang di bahagian pengering pakaian mesin basuh separa automatik ketika cuba mengambil lampu suluh miliknya yang terjatuh ke dalam mesin itu.